Forex Adalah Penipu
PENIPUAN DALAM FOREX Info ini saya perolehi daripada website kursusforex dan saya rasakan wajar untuk saya berkongsi maklumat ini dengan und a semua Apabila menyebut Forex, ramai yang cepat melatah. Kebanyakannya memberi komen Forex ini karut dan satu bentuk penipuan. Penipuan menggunakan nama Forex memang wujud secara besar-besaran di Malaysia. Forex yang karut itu biasanya tergolong dalam kategori: - Syarikat 8220Broker8221 Forex di Malaysia o Syarikat ini akan merekrut ramai orang termasuk lepasan graduan Universiti untuk menjadi ejen mencari pelabur. Dan hakikatnya, boleh dikatakan 100 pelabur yang melabur dengan syarikat ini rugi kerana sememangnya syarikat ini memang targetnya adalah supaya sesiapa yang melabur dengan mereka wajib rugi kerana duit yang dilaburkan itu terus dimasukkan ke poket mereka. Ramai yang menjadi mangsa kerana mereka menawarkan pulangan setinggi 30-60 setiap bulan, dijamin, ditambah pula dengan pejabat yang sofistriert dan ejen yang berkata-kata manis. Syar...